“Rihul jannah ya baghiha”.
Angin syurga, angin syurga terbau dihidungku, wahai orang yang rindu akan DIA. Lantaran ingin akan rihul jannah itu , menghidu baunya yang wangi dari jauh, dari alam dunia ke alam barzakh, seleranya telah seakan-akan titik. Tidak dipandangnya ada duri, ada rotan dan ada rimba dalam ranah kematian. Seakan-akan pemburu lupa akan lurah dalam atau bukit yang tinggi lantaran mengejar binatang buruannya.
Demikianlah didikan iman pada hati seorang mukmin. Demikianlah lazat yang abadi yang kita tuju semuanya. Biar kita dihidupkan Tuhan hanya dengan sesuap petang asal kita ingat akan DIA, kita lupa itu, kita hanya terbau kepada narwastu dari jannatun Na’im, yang disediakan bagi orang muttaqin. Bukan lantaran jannah sahaja, sebab itu pun makhluk, tetapi lantaran di sana kita akan merasai lazat besar iaitu kelazatan keredaan Allah subhanahu wa ta’ala.
PROF. DR. HJ. ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH
PROF. DR. HJ. ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan